Friday 4 April 2014

Assalamualaikum,

Sebagai menghargai para pelanggan SMZ Umrah & Hajj Essentials, bermula dari 6 April 2914 sehingga 30 April 2014, kami menawarkan potongan sebanyak 5% bagi semua barangan jenama Siti Khadijah dan potongan 10% bagi semua barangan lain termasuk set hygine keluaran Elhajj.

Tawaran ini termasuk semua pembelian secara langsung dan juga pembelian secara pos.   

Thursday 16 January 2014

SENARAI SEMAK KEPERLUAN SEMASA MENGERJAKAN UMRAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Ramai pelanggan yang menghubungi kami, terutama yang akan mengerjakan umrah buat kali pertama bertanya tentang keperluan keperluan asas yang perlu di bawa semasa mengerjakan umrah. Maklumat ini biasanya akan diberi oleh travel agent semasa memberi taklimat kepada para jemaah mereka. Walaubagaimanapun, terutama bagi mereka yang tidak sempat mengikuti sesi taklimat dengan travel agent, atau tidak sempat mengikuti kursus kursus umrah yang dianjurkan, di sini kami mencadangkan beberapa item yang kami rasa perlu disediakan oleh semua jemaah sebelum berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah. Cadangan ini bukanlah panduan rasmi, tetapi adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri dan juga pelanggan pelanggan kami yang berkongsi pengalaman mereka  dengan kami. Semoganya ianya dapat memberi sedikit gambaran mengenai barang barang keperluan terutama untuk Jemaah kali pertama.
 
SMZ Umrah & Hajj Essentials.
 
(Semua item yang kami senaraikan boleh didapati di kedai kami dan kami jamin sekiranya barangan yang sama ditawarkan dengan harga yang lebih murah di tempat lain (retail outlet!), kami akan menawarkan harga yang sama.)
 
Barang barang Keperluan Asas Mengerjakan  Umrah (Lelaki &Perempuan)
 
No
Item
Bil
Harga 1 item
1
Telekung  Atasan jenama SITI KHADIJAH  (Perempuan)
Keperluan asas. Jenama SK dicadangkan kerana ianya memenuhi keperluan syarak serta mempunyai kualiti dan tahap keselesaan yang tinggi. Boleh digunakan sekadar dengan jubah dan sarung kaki semasa mengerjakan ibadah di Masjid.
1
RM85
2
Tudung Ziarah (Perempuan)
Keperluan semasa dalam perjalanan dan semasa ziarah ke tempat tempat suci dan bersejarah di Mekah dan Madinah. Diperbuat daripada kain cotton lycra. Berdagu untuk memenuhi keperluan syarak.
2
RM49
 
3
Serkop Aurat  (perempuan)
Keperluan asas terutama bagi mereka yang menggunakan telekung atau tudung yang tidak berdagu. Diperbuat daripada kain kapas lycra. Tidak panas.
2
RM17
 
4
Jubah putih / Hitam   (Lelaki & Perempuan)
Keperluan asas ke Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Warna putih popular dalam kalangan jemaah Malaysia (dikhabarkan sunnah), tetapi  jubah hitam tidak kurang banyaknya terutama dalam kalangan jemaah jemaah dari Timur Tengah. Jubah warna lain juga sesuai digunakan semasa perjalanan pergi dan balik dan semasa melakukan ziarah di Mekah dan Madinah.
2
P-RM80
 
L-RM70
 
5
T Shirt haji (putih) (Lelaki & perempuan)
Digunakan sebagai pakaian dalaman di bawah jubah. Mempunyai poket keselamatan berzip di bahagian dada untuk menimpan barang berharga dan dokumen. Juga berfungsi menyerap peluh di musim panas dan memanaskan badan pada musim sejuk.
2
RM25
 
6
Seluar Haji (putih/Hitam) (Lelaki & perempuan)
Digunakan sebagai pakaian dalaman di bawah jubah. Mempunyai poket keselamatan berzip untuk menyimpan barang berharga dan dokumen. Memastikan keperluan menutup aurat tidak diabaikan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
2
RM27
 
7
Sarung lengan (perempuan)
Keperluan asas untuk memastikan keperluan menutup aurat tidak diabaikan secara tidak sengaja terutama bagi mereka yang menggunakan jubah yang mempunyai design tangan yang loose dan tidak bercekak.
2
RM7
(14)
8
Stokin wudhuk (perempuan)
Sesuai untuk digunakan di dalam masjid terutama bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di masjid dan tidak pulang ke hotel pada masa antara dua solat fardu. Tidak perlu dikeluarkan dari kaki untuk berwudhuk, hanya perlu di tarik ke atas. Tebal dan selesa. Boleh digunakan sebagai stokin biasa.
2
RM10
(20)
9
Stokin biasa (perempuan)
(tebal/nipis) Keperluan asas terutama semasa melakukan ziarah di Mekah dan Madinah.
2
RM10
(20)
 
10
Kasut tawaf (perempuan)
Stokin berbentuk kasut yang direka khas untuk digunakan terutama semasa mengerjakan sa’i.  Lembut dan selesa dan melindungi kaki terutama semasa mendaki dan menuruni bukit Safaa dan Marwah.
2
RM8
(16)
11
Kasut Ziarah (Hitam/Putih) (perempuan)
 Jenama SITI KHADIJAH. Lembut dan berkualiti tinggi. Sangat sesuai digunakan dalam perjalanan dan semasa melakukan ziarah di Mekah dan Madinah.
1
RM30
12
Sejadah sujud (lelaki & perempuan)
 Sesuai digunakan untuk bersolat terutama sekiranya tidak mendapat tempat di dalam Masjidil Haram dan terpaksa bersolat di dataran luar. Kecil dan boleh dilipat untuk dimasukkan dalam beg.Bila dibentang, tidak mengganggu ruang solat jemaah lain bersebalahan.
1
RM8
13
Lip Balm  (lelaki & perempuan)
Keperluan asas untuk mengelakkan bibir dari menjadi kering dan merekah yang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Direka khas oleh syarikat Islam untuk memenuhi keperluan syarak semasa mengerjakan umrah dan haji. Sesuai untuk musim panas dan sejuk.
1
RM12.50
14
Heel Balm (Lelaki & perempuan)
Keperluan bagi mereka yang mempunyai kulit kaki mudah pecah bila banyak berjalan. Lebih kepada lelaki kerana jemaah perempuan menggunakan stoking dan kasut tawaf. Direka khas oleh syarikat Islam bagi memenuhi keperluan syarak semasa mengerjakan umrah dan haji. Sesuai untuk musim panas dan sejuk.
1
RM 22
15
Krim pencuci muka  (lelaki & perempuan)
Keperluan asas terutama bagi mereka yang mempunyai kulit muka sensitive. Direka khas oleh syarikat Islam bagi memenuhi keperluan syarak semasa mengerjakan umrah dan haji. Sesuai untuk musim panas dan sejuk.
1
RM14
16
Krim Haji untuk seluruh badan (lelaki & perempuan)
Keperluan asas terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitive. Direka khas oleh syarikat Islam bagi memenuhi keperluan syarak semasa mengerjakan umrah dan haji. Sesuai untuk musim panas dan sejuk.
1
RM16
17
Sabun mandi (lelaki & perempuan)
Keperluan asas semasa dalam ihram. Digalakkan membawa sabun ini berbanding sabun mandi biasa untuk mengelakkan melanggar keperluan syarak semasa dalam ihram secara tidak sengaja.
1
RM5
18
Spray wudhuk (lelaki & perempuan)
Sesuai terutama bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di Masjidil Haram dan tidak pulang ke hotel di antara dua solat fardu. Ringan dan mudah dibawa. Hanya isikan dengan air zam zam yang tersedia diserata tempat dalam Masjidil Haram dan gunakan untuk memperbaharui wudhuk sekiranya terbatal. Tempat berwudhuk agak jauh di luar masjid dan bagi mereka yang tidak begitu biasa dengan Masjidil Haram (seperi kebanyakan kita di Malaysia!) tempat tempat berwudhuk ini ada kalanya sukar ditemui. Dan semasa ramai jemaah, terutama bulan Ramadan, ruang solat sentiasa penuh sesak. Tinggalkan ruang anda dan anda mungkin terpaksa bersolat di atas jalanraya di luar Masjidil Haram!
1
RM8
19
Uncang kasut (lelaki & perempuan)
Digunakan untuk menyimpan kasut dan dibawa bersama ke dalam masjid. Walaupun banyak rak kasut disediakan di pintu masuk dan di sepanjang laluan dalam Masjidil Haram, ramai jemaah sering kehilangan kasut kerana terlupa di mana mereka meninggalkan kasut mereka. Masjidil Haram adalah tersangat besar dengan jumlah pintu yang sangat banyak. Ruang ruang di dalam masjid pula kelihatan sama dan boleh mengelirukan. Ramai jemaah, kebanyakannya bukan dari Malaysia,  membawa kasut mereka begitu sahaja dan meletakkannya di belakang mereka semasa solat di Masjidil Haram. Ini boleh mengganggu konsentrasi mereka yang solat di belakang mereka.
1
RM10
20
Tasbih tawaf (lelaki dan perempuan)
Digunakan semasa tawaf dan sa’i untuk memastikan jemaah tidak tersalah kira jumlah pusingan yang telah dilakukan. Disarungkan di jari seperti cincin.
 
1
RM5
21
Set Tahallul (lelaki & perempuan)
Mengandungi  item item keperluan termasuk gunting, pemotong kuku, floss gigi, cotton bud,  dan marker pen kekal diletakkan dalam beg kecil berkualiti tinggi.
1
RM11
22
Kain Ihram (lelaki)
Keperluan asas. Dicadangkan dua pasang untuk memastikan ianya sentiasa bersih untuk beribadat terutama bagi mereka yang hendak mengerjakan umrah lebih dari sekali semasa berada di Mekah (kebanyakan jemaah melakukan umrah sebanyak 3 atau 4 kali). Terdapat banyak kemudahan dobi di sekitar penginapan di Mekah tetapi biasanya mengambil masa 24 jam.
2
RM55
23
Tali pinggang Haji (Lelaki)
Digunakan untuk memastikan kain ihram kekal dalam kedudukan.
1
RM22
24
Kain pelikat tanpa jahit (Lelaki)
Untuk digunakan semasa berehat di hotel semasa dalam ihram sebagai ganti kain ihram terutama bagi mereka yang hanya membawa sepasang kain ihram sahaja.
1
RM22
25
Kain Basahan mandi (Lelaki & perempuan)
Untuk kegunaan semasa mandi. Diperbuat dari kain kapas dan mudah kering.
1
RM12
 
 

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI 0133650424