Ramai pelanggan yang menghubungi kami, terutama yang akan mengerjakan umrah buat kali pertama bertanya tentang keperluan keperluan asas yang perlu di bawa semasa mengerjakan umrah. Maklumat ini biasanya akan diberi oleh travel agent semasa memberi taklimat kepada para jemaah mereka. Walaubagaimanapun, terutama bagi mereka yang tidak sempat mengikuti sesi taklimat dengan travel agent, atau tidak sempat mengikuti kursus kursus umrah yang dianjurkan, di sini kami mencadangkan beberapa item yang kami rasa perlu disediakan oleh semua jemaah sebelum berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah. Cadangan ini bukanlah panduan rasmi, tetapi adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri dan juga pelanggan pelanggan kami yang berkongsi pengalaman mereka dengan kami. Semoganya ianya dapat memberi sedikit gambaran mengenai barang barang keperluan terutama untuk Jemaah kali pertama.
SMZ Umrah & Hajj Essentials.
(Semua item yang kami senaraikan boleh didapati di kedai kami dan kami jamin sekiranya barangan yang sama ditawarkan dengan harga yang lebih murah di tempat lain (retail outlet!), kami akan menawarkan harga yang sama.)
Barang barang Keperluan
Asas Mengerjakan Umrah (Lelaki &Perempuan)
No
|
Item
|
Bil
|
Harga 1 item
|
1
|
Telekung Atasan jenama SITI KHADIJAH (Perempuan)
Keperluan asas. Jenama SK dicadangkan kerana
ianya memenuhi keperluan syarak serta mempunyai kualiti dan tahap keselesaan
yang tinggi. Boleh digunakan sekadar dengan jubah dan sarung kaki semasa
mengerjakan ibadah di Masjid.
|
1
|
RM85
|
2
|
Tudung
Ziarah (Perempuan)
Keperluan semasa dalam perjalanan dan semasa
ziarah ke tempat tempat suci dan bersejarah di Mekah dan Madinah. Diperbuat
daripada kain cotton lycra. Berdagu
untuk memenuhi keperluan syarak.
|
2
|
RM49
|
3
|
Serkop
Aurat (perempuan)
Keperluan asas terutama bagi mereka yang
menggunakan telekung atau tudung yang tidak berdagu. Diperbuat daripada kain
kapas lycra. Tidak panas.
|
2
|
RM17
|
4
|
Jubah
putih / Hitam (Lelaki
& Perempuan)
Keperluan asas ke Masjidil Haram di Mekah dan
Masjid Nabawi di Madinah. Warna putih popular dalam kalangan jemaah Malaysia
(dikhabarkan sunnah), tetapi jubah hitam
tidak kurang banyaknya terutama dalam kalangan jemaah jemaah dari Timur
Tengah. Jubah warna lain juga sesuai digunakan semasa perjalanan pergi dan
balik dan semasa melakukan ziarah di Mekah dan Madinah.
|
2
|
P-RM80
L-RM70
|
5
|
T Shirt
haji (putih) (Lelaki & perempuan)
Digunakan sebagai pakaian dalaman di bawah jubah.
Mempunyai poket keselamatan berzip di bahagian dada untuk menimpan barang
berharga dan dokumen. Juga berfungsi menyerap peluh di musim panas dan
memanaskan badan pada musim sejuk.
|
2
|
RM25
|
6
|
Seluar
Haji (putih/Hitam) (Lelaki &
perempuan)
Digunakan sebagai pakaian dalaman di bawah jubah.
Mempunyai poket keselamatan berzip untuk menyimpan barang berharga dan
dokumen. Memastikan keperluan menutup aurat tidak diabaikan sama ada secara
sengaja atau tidak sengaja.
|
2
|
RM27
|
7
|
Sarung
lengan (perempuan)
Keperluan asas untuk memastikan keperluan menutup
aurat tidak diabaikan secara tidak sengaja terutama bagi mereka yang
menggunakan jubah yang mempunyai design tangan yang loose dan tidak bercekak.
|
2
|
RM7
(14)
|
8
|
Stokin
wudhuk (perempuan)
Sesuai untuk digunakan di dalam masjid terutama
bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di masjid dan tidak pulang ke hotel
pada masa antara dua solat fardu. Tidak perlu dikeluarkan dari kaki untuk
berwudhuk, hanya perlu di tarik ke atas. Tebal dan selesa. Boleh digunakan
sebagai stokin biasa.
|
2
|
RM10
(20)
|
9
|
Stokin
biasa (perempuan)
(tebal/nipis) Keperluan asas terutama semasa
melakukan ziarah di Mekah dan Madinah.
|
2
|
RM10
(20)
|
10
|
Kasut
tawaf (perempuan)
Stokin berbentuk kasut yang direka khas untuk
digunakan terutama semasa mengerjakan sa’i.
Lembut dan selesa dan melindungi kaki terutama semasa mendaki dan
menuruni bukit Safaa dan Marwah.
|
2
|
RM8
(16)
|
11
|
Kasut
Ziarah (Hitam/Putih) (perempuan)
Jenama
SITI KHADIJAH. Lembut dan berkualiti tinggi. Sangat sesuai digunakan dalam
perjalanan dan semasa melakukan ziarah di Mekah dan Madinah.
|
1
|
RM30
|
12
|
Sejadah
sujud (lelaki & perempuan)
Sesuai
digunakan untuk bersolat terutama sekiranya tidak mendapat tempat di dalam
Masjidil Haram dan terpaksa bersolat di dataran luar. Kecil dan boleh dilipat
untuk dimasukkan dalam beg.Bila dibentang, tidak mengganggu ruang solat
jemaah lain bersebalahan.
|
1
|
RM8
|
13
|
Lip Balm (lelaki
& perempuan)
Keperluan asas untuk mengelakkan bibir dari
menjadi kering dan merekah yang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
Direka khas oleh syarikat Islam untuk memenuhi keperluan syarak semasa
mengerjakan umrah dan haji. Sesuai untuk musim panas dan sejuk.
|
1
|
RM12.50
|
14
|
Heel Balm (Lelaki & perempuan)
Keperluan bagi mereka yang mempunyai kulit kaki
mudah pecah bila banyak berjalan. Lebih kepada lelaki kerana jemaah perempuan
menggunakan stoking dan kasut tawaf. Direka khas oleh syarikat Islam bagi
memenuhi keperluan syarak semasa mengerjakan umrah dan haji. Sesuai untuk
musim panas dan sejuk.
|
1
|
RM 22
|
15
|
Krim pencuci
muka (lelaki & perempuan)
Keperluan asas terutama bagi mereka yang
mempunyai kulit muka sensitive. Direka khas oleh syarikat Islam bagi memenuhi
keperluan syarak semasa mengerjakan umrah dan haji. Sesuai untuk musim panas dan
sejuk.
|
1
|
RM14
|
16
|
Krim Haji
untuk seluruh badan (lelaki &
perempuan)
Keperluan asas terutama bagi mereka yang
mempunyai kulit sensitive. Direka khas oleh syarikat Islam bagi memenuhi
keperluan syarak semasa mengerjakan umrah dan haji. Sesuai untuk musim panas
dan sejuk.
|
1
|
RM16
|
17
|
Sabun
mandi (lelaki & perempuan)
Keperluan asas semasa dalam ihram. Digalakkan
membawa sabun ini berbanding sabun mandi biasa untuk mengelakkan melanggar
keperluan syarak semasa dalam ihram secara tidak sengaja.
|
1
|
RM5
|
18
|
Spray
wudhuk (lelaki & perempuan)
Sesuai terutama bagi mereka yang banyak
menghabiskan masa di Masjidil Haram dan tidak pulang ke hotel di antara dua
solat fardu. Ringan dan mudah dibawa. Hanya isikan dengan air zam zam yang tersedia
diserata tempat dalam Masjidil Haram dan gunakan untuk memperbaharui wudhuk
sekiranya terbatal. Tempat berwudhuk agak jauh di luar masjid dan bagi mereka
yang tidak begitu biasa dengan Masjidil Haram (seperi kebanyakan kita di
Malaysia!) tempat tempat berwudhuk ini ada kalanya sukar ditemui. Dan semasa
ramai jemaah, terutama bulan Ramadan, ruang solat sentiasa penuh sesak. Tinggalkan
ruang anda dan anda mungkin terpaksa bersolat di atas jalanraya di luar
Masjidil Haram!
|
1
|
RM8
|
19
|
Uncang
kasut (lelaki & perempuan)
Digunakan untuk menyimpan kasut dan dibawa
bersama ke dalam masjid. Walaupun banyak rak kasut disediakan di pintu masuk
dan di sepanjang laluan dalam Masjidil Haram, ramai jemaah sering kehilangan
kasut kerana terlupa di mana mereka meninggalkan kasut mereka. Masjidil Haram
adalah tersangat besar dengan jumlah pintu yang sangat banyak. Ruang ruang di
dalam masjid pula kelihatan sama dan boleh mengelirukan. Ramai jemaah,
kebanyakannya bukan dari Malaysia,
membawa kasut mereka begitu sahaja dan meletakkannya di belakang mereka
semasa solat di Masjidil Haram. Ini boleh mengganggu konsentrasi mereka yang
solat di belakang mereka.
|
1
|
RM10
|
20
|
Tasbih
tawaf (lelaki dan perempuan)
Digunakan semasa tawaf dan sa’i untuk memastikan
jemaah tidak tersalah kira jumlah pusingan yang telah dilakukan. Disarungkan
di jari seperti cincin.
|
1
|
RM5
|
21
|
Set
Tahallul (lelaki & perempuan)
Mengandungi
item item keperluan termasuk gunting, pemotong kuku, floss gigi,
cotton bud, dan marker pen kekal
diletakkan dalam beg kecil berkualiti tinggi.
|
1
|
RM11
|
22
|
Kain Ihram
(lelaki)
Keperluan asas. Dicadangkan dua pasang untuk
memastikan ianya sentiasa bersih untuk beribadat terutama bagi mereka yang
hendak mengerjakan umrah lebih dari sekali semasa berada di Mekah (kebanyakan
jemaah melakukan umrah sebanyak 3 atau 4 kali). Terdapat banyak kemudahan
dobi di sekitar penginapan di Mekah tetapi biasanya mengambil masa 24 jam.
|
2
|
RM55
|
23
|
Tali
pinggang Haji (Lelaki)
Digunakan untuk memastikan kain ihram kekal dalam
kedudukan.
|
1
|
RM22
|
24
|
Kain
pelikat tanpa jahit (Lelaki)
Untuk digunakan semasa berehat di hotel semasa
dalam ihram sebagai ganti kain ihram terutama bagi mereka yang hanya membawa
sepasang kain ihram sahaja.
|
1
|
RM22
|
25
|
Kain
Basahan mandi (Lelaki & perempuan)
Untuk kegunaan semasa mandi. Diperbuat dari kain
kapas dan mudah kering.
|
1
|
RM12
|