Tuesday 9 April 2013

PENGUMUMAN - TERLEBIH BAYAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu

Pengumuman ini ditujukan khas kepada pelanggan kami yang kami muliakan, sepasang suami isteri yang akan mengerjakan umrah ke tanah suci dalam masa terdekat, memandu kereta jenis BMW berwarna hitam yang telah membeli 2 pasang stokin tawaf dan empat helai uncang kasut di premis kami pada 9 April 2013.

Sekiranya tuan/puan terbaca pengumuman ini, sukacita sekiranya tuan/puan dapat menghubungi kami dengan segera kerana tuan/puan telah terlebih bayar item item di atas. Kami ingin memulangkan lebih wang tuan/puan  dengan kadar segera. Sila hubungi kami di 0178953733 (Mohammad) atau 0125128664 (Suzana).

Kesalahan berlaku adalah sepenuhnya kerana kecuaian di pihak kami. Di atas kesilapan ini kami memohon maaf yang tidak terhingga kepada tuan/puan. Kesilapan ini akan menjadi peringatan kepada kami untuk lebih berhati hati di masa depan.

Terima kasih.

SMZ Umrah & Hajj Essentials



No comments:

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI 0133650424